WatTruyen.Top

Deja Vu

Bab 13

karyaseni2u

Mardiyah menanti dengan penuh sabar. Seperti yang dijanjikan Luth, mereka akan bertemu. Bukan mudah memujuk lelaki ini untuk berjumpa. Kali ini, Luth sendiri yang menghubunginya untuk atur masa dan tempat berjumpa.

Mardiyah cabut cincin kahwinnya. Meskipun sudah beberapa bulan berpisah dengan suaminya, tapi dia masih memakai cincin itu. Cuma setiap kali dia berjumpa dengan Luth, cincin itu akan dia simpan ke dalam beg tangan.

"Hai," sapa Luth perlahan sebelum mengambil tempat di hadapan Mardiyah.

"Hai!" Mardiyah sedikit teruja dengan ketibaan Luth. Bibirnya tersenyum-senyum, merasa lega meskipun Luth lambat setengah jam!

"So... Aaa." Mardiyah tiba-tiba jadi kelu.

Luth memandang Mardiyah lama. Dia perlu lupakan kenangan lama. Dia perlu buang segala rasa benci dan tidak puas hatinya terhadap wanita di hadapan ini. Ini masanya dia perlu betul-betul menerima ketentuan qadak dan qadar.

"How's your kid?" tanya Luth bagi memecah ais yang menjadi dinding dingin mereka.

"Amazing! Aaa... Great! Errr... G... Good." Dek kerana teruja, Mardiyah tidak tahu apa yang dia cuba tunjukkan pada Luth.

"Good." Luth senyum nipis. Mardiyah telan air liur.

"And you? Sihat?"

"Alhamdulillah. Never been better."

Mardiyah mengangguk-angguk.

"I setuju untuk jumpa you sebab nak dengar apa yang you nak suarakan. Let it all out today," kata Luth. Mardiyah gigit bibir bawah. Dia tarik nafas dalam-dalam.

"Okay. Luth... I minta maaf dengan apa yang I buat kat you. Dan I menyesal dengan apa yang I buat. I thought happiness can easily be switched. Tapi I salah. Hati I tak pernah berubah. I usaha untuk lupakan you, tapi I tak boleh. Baik macam mana pun ex-husband I pada I, I tetap tak boleh nak sayangkan dia macam mana I sayangkan you."

Luth hanya mendengar. Tidak membalas sepatah kata pun. Dia masih tenang di atas bangkunya.

"I nak kita yang dulu. I tahu you sayangkan I. I tahu you sentiasa sayangkan I. Sentiasa ada ruang untuk I dalam hati you. Please, just let me in. Kita boleh bahagia macam dulu, Luth. You ingat tak macam mana kita boleh kenal? Macam mana kita struggle untuk make this relationship works? I sayangkan you. Lebih dari nyawa I sendiri." Air mata Mardiyah menitik. Tapi sedikit pun ia tidak mengusik jiwa Luth.

"Done? Boleh I cakap?" tanya Luth.

Mardiyah terkejut. Selalunya Luth memang tak boleh tengok dia menangis. Hati lelaki itu terlalu rapuh untuk air matanya. Takkan Luth betul-betul dah move on?

"Jujur, I pernah berfikiran sama dengan you. I rasa kalau kita try harder, we can make this possible. Sebab I dah sacrifice banyak benda untuk you. Ada yang you nampak, ada yang you tak nampak. Tapi I memang ada berkorban untuk you. A lot. I tak nak pengorbanan I ni jadi sia-sia. Yes true, I tunggu you. I berharap you akan bercerai awal. And true, I tak bagi sesiapa ganti tempat you. You tiada gantinya dalam hati I. I marah sangat dengan you bila you decide untuk tinggalkan I. I patched my heart on my own. Tahun demi tahun, I ingat I kuat. The moment, kita jumpa balik... I tahu I tak ready for this kind of surprise. I even pernah terfikir untuk membujang sampai mati. Tapi Addy, Allah is Great. Walaupun dah bertahun I cuba move on dan gagal, tapi Allah make it possible for just in few months."

Mardiyah tidak faham apa yang Luth cuba sampaikan.

"I akan berkahwin dengan adik you," sambung Luth.

Tahu tak rasanya bagaimana? Hancur sehancur-hancurnya. Pada mula, Mardiyah rasa dia masih ada peluang untuk kembali ke dalam hidup Luth. Tapi mendengarkan kata akhir Luth, punah segala harapan.

"Kejap. Tadi you cakap kalau kita try hard..." Mardiyah cuba untuk bagi jelas.

"I said, kalau. And I said, I pernah terfikir. You betul. I tak kahwin sebab I tak move on daripada you. Tapi sekarang bila I decide untuk kahwin dengan adik you, means I dah betul-betul move on," jelas Luth.

"No! No! No! You buat keputusan macam ni sebab you marah dengan I. You tak kenal pun Mareeya tu siapa!"

"You tahu I, Addy. I tak pernah decide untuk benda yang I rasa tak yakin. Maybe I tak kenal Mareeya tu siapa dan bagaimana. Tapi I'm sure we're gonna be fine."

"Luth, kejap." Mardiyah rasa kepalanya sedikit berpinar. "Dia adik I. Kalau you kahwin dengan dia, you akan sentiasa berhadapan dengan I!"

"Sebab tu I datang sini jumpa you. To make it clear."

"Luth, kita pernah bersama!"

"Pernah. Bukan sedang."

"You tak cintakan dia!" Mardiyah geram.

"Macam mana you tahu? That's my damn own heart." Selamba jawapan Luth.

Mardiyah ketap gigi. "You akan end up macam I, Luth. You're gonna break your own heart sebab keputusan bodoh you ni."

Luth ketawa kecil. "I bukan you, Addy. Maybe you fikir yang I dengan Mareeya akan end up macam you. Tapi you silap. I betul-betul dah moved on. Sebab tu I boleh decide untuk ini. Dan I akan pastikan hubungan I dengan Mareeya berkekalan. Sebab I bukan jenis yang senang-senang buang orang dalam hidup I."

Air mata Mardiyah lagi laju mengalir.

"You tahu kenapa dia nak kahwin dengan you?" Mardiyah pandang tepat ke dalam anak mata Luth.

"Sebab dia hanya nak kebolehan dia balik. Tak ada rasa sayang sikit pun dalam hati dia untuk you. You're just a stranger yang datang dalam hidup dia. Dan selepas dia dapat apa yang dia nak, dia akan pergi dari hidup you."

Luth senyum. "I tahu tu dan I dah belajar dari silap I. I takkan senang-senang kasi dia walk away. You boleh kata this is one sided love."

Mendengarkan itu, Mardiyah terkesima.

MAREEYA duduk bersila di meja makan dengan mata fokus pada komputer riba. Ahad pun kena kerja dekat rumah. Sedih!

"Kak Mar," panggil Malek.

"Yes?"

"Busy?"

"Bolehlah. Kenapa?"

"Nak cakap sikit."

"Apa dia?" Mata masih di skrin. Malek tarik kerusi dan menolak sedikit skrin komputer riba. Tidak sampai tertutup. Karang kalau fail hilang, mengamuk pula singa ni.

"Kenapa ni?" Mareeya pelik bila Malek berbuat demikian.

"Er... Malek sebenarnya... Sebenarnya..." Malek kejap-kejap toleh ke ruang tamu. Kelihatan kedua-dua orang tuanya sedang menonton televisyen.

"Sebenarnya apa?" Mareeya angkat komputer ribanya dan letak jauh sedikit dari mereka. Dia mula tumpu pada Malek.

"Emmm... Malek nak ajak kawan Malek datang berbuka kat rumah."

"Ajaklah. Apa masalah dia?"

Malek garu dahi. Mareeya dapat tangkap. "Girlfriend kau eh?" teka Mareeya. Melihatkan sengih Malek, Mareeya tahu dia betul.

"Kau dah cakap dengan mama abah ke?"

"Belum. Nak minta tolong Kak Mar cakapkan." Malek tayang dua baris gigi.

"Eh, kau yang nak ajak kawan kau, Kak Mar pula yang kena bagi tahu, dah kenapa?"

"Takutlah, Kak Mar."

"Kau nak takut apa? Abah dengan mama bukan makan orang pun."

"Hari tu Malek ada bagi tahu mama nak pergi merisik... Tapi senyap aje. Tak tahulah mama dengan abah setuju ke tidak."

"Kau tu cukup duit ke nak kahwin, dik? Kau baru aje mula kerja."

"Bukan nak buat besar-besar pun. Kalau kau kahwin sekali dengan aku kan senang. Jimat," cebik Malek.

Tiba-tiba Mareeya teringatkan Luth. Beberapa hari lepas mereka bertemu dan keputusan masih belum dibuat. Mareeya masih belum jawab soalan yang diaju Luth. Nombor telefon lelaki itu hanya disimpan tapi tidak pernah dia hubungi.

"Kak!" sergah Malek, menghentikan lamunan Mareeya.

"Kau fikir apa?" Geram Malek dibuatnya. Orang tengah cakap dengan dia, dia mengelamun pula.

"Akak patut kahwin sekali dengan kau tak?" tanya Mareeya.

Malek kecilkan mata. "Apa kau ni, kak? Berapa tahun lagi aku nak kena tunggu kalau nak kahwin sekali dengan kau?"

"Mareeya!" Suara Mardiyah kedengaran lantang dari pintu utama. Terkejut isi rumah dibuatnya.

"Kenapa ni, Addy?" Encik Mustafa pelik dengan tingkah anak sulungnya. Mardiyah segera tanggal kasut dan menghampiri Mareeya. Lengan gadis itu direntap keras. Malek terpinga-pinga.

"Eh, Kak Addy! Apa ni?! Sakitlah!" jerit Mareeya. Datang-datang, tak bagi salam. Terus rentap aje tangan orang. Kau ingat kau gengster?

"Ikut aku!" Mardiyah cuba tarik tangan Mareeya supaya membuntutinya ke bilik.

"Tak-tak. Sebelum tu, kau cakap dulu kenapa. Ni terus main tarik-tarik tangan orang kenapa?" Mareeya minta tangannya dilepaskan.

"Pasal Luth." Dada Mardiyah sudah berombak.

"Kenapa dengan dia sampai kau nak kena tarik-tarik aku macam ni?"

"Aku nak bincang dengan kau pasal dia!"

"Tak habis lagi ke?" keluh Mareeya.

"Kau tak boleh kahwin dengan dia!" jerit Mardiyah kuat. Encik Mustafa berpandangan dengan Puan Siti. Malek ternganga. Kak Mar nak kahwin?

Mareeya memandang ke arah ahli keluarganya. Dia masih belum beritahu apa-apa tentang Luth kepada orang tuanya. Sebab dia sendiri pun belum buat keputusan!

"Sembang di bilik aku." Dingin suara Mareeya dan dia berlari pantas naik ke atas. Mardiyah membuntuti.

Dari bawah kedengaran pintu dihempas kuat.

"Kenapa dengan anak-anak kita ni, bang?" tanya Puan Siti.

"Manalah saya tahu."

"Malek, kamu tahu apa-apa pasal ni?" Puan Siti berarah kepada Malek. Anak lelakinya itu menggeleng dengan mulut masih terlopong.

"KAK, aku tak faham dengan kau. Apa yang kau nak? Kenapa kau marah sangat dengan benda ni?" Mareeya peluk tubuh sambil berdiri di hadapan Mardiyah.

"Kau tak boleh kahwin dengan dia, Mar!"

"Kenapa? Kenapa aku tak boleh?"

"Sebab kau tak sayangkan dia!"

"Kau boleh pula kahwin dengan Abang Kamal? Sedangkan kau langsung tak sayangkan dia?" Mareeya turut sama bertempik.

"Mar, jangan jadi selfish, Mar. Kau tak tahu apa yang Luth lalui. Kau akan sakitkan hati dia."

"Aku tahu kau sayangkan kawan kau. Tapi dalam keadaan macam ni, bukan ke sepatutnya kau lebih memihak kepada aku dari dia?"

"Dia perlukan orang yang boleh menyayangi dia."

"Aku boleh belajar untuk sayang dia!" tegas Mareeya.

"Mar, stop this nonsense. Kau sendiri tahu kau nak kahwin dengan dia demi kepentingan kau sendiri. Berhenti hidup dalam angan-angan kau. Kepercayaan karut kau. Kau letakkan hidup orang lain sebagai percaturan!"

Mardiyah ketap gigi kuat. "Aku buat keputusan based on apa yang aku rasa betul untuk diri aku! Kau tak ada hak untuk atur hidup aku."

"Okey! But what if kau dah dapat apa yang kau nak?" Air mata Mardiyah bergenang.

Mareeya terdiam. Apa akan jadi lepas aku dapat jawapan aku?

"Ini bukan masanya untuk kau decide pakai kepala otak kau yang penuh dengan strategi kotor, Mar. Decide dengan hati kau. Keikhlasan kau!"

Mareeya angkat kepala. Matanya sudah merah. "Aku boleh belajar untuk sayang orang sekali lagi, kan?"

Mardiyah terkesima. Air mata Mareeya tumpah. Dia sendiri tak tahu sejauh mana kemampuan dia.

SUASANA di meja makan sepi. Usai solat maghrib berjemaah, mereka terus ke meja makan untuk menjamah makanan berat. Mardiyah menguis nasi di atas pinggan. Mareeya juga begitu. Mata Malek dan kedua-dua orang tuanya saling berpandangan.

"Nasi tu jangan buat main. Dok kuis-kuis pinggan. Nak tunggu berlubang baru nak makan?" perli Encik Mustafa.

"Addy tak ada selera." Mardiyah angkat pinggan ke singki sebelum naik semula ke biliknya. Dia perlukan Qasaf dan Qistina ketika ini. Tapi dua orang anaknya itu ada bersama bekas suami.

"Kak Mar." Malek menyiku lengan Mareeya, menyentak gadis itu dari lamunan seraya memandang ke arah empunya suara.

"Pasal kahwin tu..."

"Yeah. Mar nak kahwin."

Terlopong mereka bertiga.

"Kamu ni biar betul, Mar?" Puan Siti seakan tidak percaya.

"Door gift hari tu ada lagi, kan? Barang hantaran pun tak buang lagi. Kad aje kena tukar nama," suara Mareeya. Nampaknya dia betul-betul serius dengan apa yang dia katakan.

SELEPAS menerima mesej daripada Mareeya, Luth hanya senyum nipis dan segera menelefon Intan.

"Are you sure, Luth?" tanya Intan, inginkan kepastian.

"Yep."

"Bukan sebab Addy?"

"Kak, I cakap pasal wedding. Takkan I nak sacrifice diri I untuk benda bodoh macam tu? Mardiyah tu benda lepas. Mareeya is gonna be my future."

"Then why? Kenapa dia?"

"I don't know, man." Luth senyum.

"You nak kahwin dengan dia, tapi tak tahu kenapa? Luth, I ni kakak you. I kenal you."

"Sebab you kenal I la, you sepatutnya tahu yang I buat keputusan ni bukan saja-saja. It's just a simple crush kut." Luth pertahankan diri.

"Simple crush? Come on, Luth! You takkan buat keputusan untuk tara-tara 'simple' macam ni."

"Okey. Major crush?" Luth ketawa. Intan merengus. Geram betul cakap dengan adik yang seorang ini. Nasib baik melalui telefon. Kalau depan-depan ni, memang dah kena luku kepala.

"Luth..."

"I memang betul-betul suka dia."

"Luth, you're a wise man. You selalu ada good judgement. But untuk ni... I don't think you're wise enough."

"Can't you just be happy for me?"

"Macam mana I nak happy untuk you? I cuma tak nak you sakit hati lagi."

"Kak. Luth akan cakap benda ni sekali aje and I hope you tak persoalkan lagi keputusan I. Jangan panggil Mareeya untuk discuss this matter macam you buat sebelum ni."

Intan telan air liur. Luth tahu eh aku jumpa Mareeya?

"I really-really-really like her. I tak tahu how, I tak tahu when. Memang I nampak Mardiyah dalam diri Mareeya. Tapi dia lain. Dia betul-betul lain. I cuma rasa there's a connection between us. Undescribable feelings. I rasa dia ada something that belongs to me."

Intan tarik nafas dalam-dalam. "Are you sure about this, Luth?" Sekali lagi ditanya.

"Yes. I betul-betul pasti."

"Bukan sebab Addy?"

"Bukan."

"You janji yang you takkan terluka?"

Luth diam sebentar. Dia tahu Mareeya tidak mempunyai perasaan yang sama dengannya. Dia tahu kepentingan Mareeya. Tapi dia ambil risiko ini. Dia tahu dia tak salah.

"I will try... Not to?"

"Luth!"

"Kak, you mana boleh minta I janji benda macam tu. Even you dengan Abang Shafiq pun ada bitter sweet punya relationship. That's life."

"Okay fair enough. Make sure you try untuk bahagia."

"Of course."

"Okey."

"So bila boleh pergi merisik?"

SELESAI merisik dan terus bertunang, Luth tarik nafas lega. Tak sangka pula yang mereka akan terus bertunang. Di pihak Mareeya sendiri tidak menyediakan apa-apa. Pelamin ke apa, tiada! Hanya pertemuan kakak dan abang ipar Luth dengan ibu bapa Mareeya.

"Kak Intan harap lepas ni Mar boleh jaga Luth akak ni baik-baik," pesan Intan. Mareeya gigit bibir bawah dan tersenyum tawar. Mampu ke dia?

Mardiyah tiada di rumah. Dia ambil keputusan untuk keluar bersama anak-anaknya. Dia takkan boleh berada di situ. Hanya Allah yang tahu betapa sakit dan kecewanya hati dia.

"Lepas kau, aku pula," bisik Malek di sebelah. Mareeya sibuk mencuci salad untuk berbuka puasa sebentar lagi. Bertunang dalam bulan puasa! Siapa nak sangka secepat ini?

"Kau dah bagi tahu mama?"

"Dari hari tu aku minta kau tolong." Malek mencebik.

"Okey." Mareeya terus bawa salad yang dicuci dan disusun ke atas pinggan. Luth sempat memandang Mareeya dari sofa di ruang tamu.

"Okey? Okey apa?" Malek pelik. Tiba-tiba okey pula dia ni.

Sementara di ruang tamu, Luth bersembang dengan Encik Mustafa. Jelas lelaki tua itu begitu senang dengan peribadi Luth.

"Uncle harap, kamu betul-betul ikhlas dengan Mareeya. Sebab Mareeya pun pernah terluka sebelum ni. Uncle tak nak benda ni terjadi lagi," ujar Encik Mustafa. Luth sedia maklum tentang pembatalan pernikahan Mareeya. Kerana itu juga mereka bertemu. Er, patut ke dia cakap... Alhamdulillah? Hehehe.

"Insya-Allah. Saya pun takkan tergamak buat dia macam tu."

Mimi sengaja melanggar bahu Mareeya yang sedang menghidang makanan. Mareeya menoleh ke sebelah.

"Apa kau ni?"

"Walaupun aku rasa keputusan kau ni macam 50-50 betul dan tak betul, tapi congrats! Untunglah dapat doktor enshemmm," usik Mimi.

Mareeya menjeling. "Aku harap aku dapat nampak future aku dengan dia." Dia memandang Luth yang sedang bersembang dengan abahnya.

Telefon Mimi tiba-tiba berdering. Luqman. Ya Rabbi! Kenapa waktu ni juga kau kena telefon aku, mangkuk?

"Errr, Yaa. Kejap eh." Mimi terus berlari keluar dari rumah untuk menjawab panggilan itu.

"Helo?" bisik Mimi.

"Helo. Mi?"

"Kau nak apa?" rengus Mimi.

"Aku nak tanya pasal..."

"Mareeya? Tak payah dah la. Dia dah nak kahwin dah pun," gumam Mimi.

"Kahwin?" tersentak Luqman.

"Ya. Kau tak payah risaukan dia dah. Kau dah boleh jalani hidup kau tanpa rasa bersalah."

"Oh." Luqman cuba untuk senyum, tapi kelat. Bibirnya pucat.

"Bila dia nak kahwin?" tanya Luqman.

"Maybe lagi dua bulan kut."

"Oh."

Mendengarkan itu, Mimi ingin tahu sesuatu. "Kau akan balik sini untuk wedding dia tak?"

"Tak sempat kut," ujar Luqman. Mimi muncung mulut.

"Tapi aku akan hantar hadiah kahwin untuk dia. Boleh kau sampaikan kat dia nanti?" sambung Luqman.

"Kau nak, kau datang hantar sendiri," tegas Mimi. Biar! Biar Luqman nampak kebahagiaan Mareeya.

Luqman ketawa lagi. "Aku tak rasa aku sempat balik, Mi."

"Kenapa pula? Kau boleh beli tiket dari sekarang. Kalau kau nak aku sponsor tiket kau pun boleh la!" Sengaja aje Mimi nak sakitkan hati Luqman.

"Aku tahu aku takkan sempat, Mi." Perlahan suara Luqman.

"Hah?"

Luqman telan air liur. Tekaknya terasa pahit.

"Sampaikan salam aku dekat dia. Aku harap dia temukan kebahagiaan dia."

"Luqman?"

"Bye, Mi. Assalamualaikum." Talian dimatikan. Merasa pelik dengan kata-kata Luqman, nombor itu didail semula.

3 panggilan tiada sahutan. Yang keempat membuatkan Mimi sedikit lega.

"Luqman!"

"Luqman tengah buat kimo. Ada apa pesanan nak saya sampaikan?"

Bạn đang đọc truyện trên: WatTruyen.Top