WatTruyen.Top

Deja Vu

Bab 10

karyaseni2u

Malam pertama terawih buatkan Mareeya sedikit sedih. Sedih bila mengingatkan detik ini sepatutnya dia terawih dengan Luqman. Sayang seribu kali sayang, jodoh tak panjang.

"Kak." Mareeya memegang paha Mardiyah yang masih duduk berteleku. Orang ramai sudah berpusu-pusu keluar dari pekarangan masjid. Jarum jam hampir berganjak ke angka 11 malam.

"Kenapa?" tanya Mardiyah.

"Aku tengok lately ni kau lain sikitlah. Kau ada masalah ke? Ada problem lagi dengan Abang Kamal?"

"Tak adalah."

"Dah tu? Kau sedar tak, kau macam abaikan anak-anak kau?"

"Bila masa aku abaikan anak-anak aku pula?"

"Most of the time, dia orang duduk dengan Abang Kamal. Bila dia orang tanya kau, ajak main, ajak keluar, kau selalu sibuk dengan telefon kau," tegur Mareeya yang nampak perubahan Mardiyah sejak kebelakangan ini.

Dahi Mardiyah berkerut memandang adiknya.

"Kau tak tahu aku struggle untuk survive, Mar."

"Struggle apa? Kau dah kerja. Gaji kau boleh tahan besar. Abang Kamal tak abaikan nafkah anak-anak. Apa lagi yang struggle?" Itu yang Mareeya nampak dari mata kasar.

Tapi takkan Mardiyah nak cakap yang dia jadi begini semua gara-gara terkejarkan kekasih lama yang masih tidak mahu menerimanya?

"Aku sayang dia, Mar!"

Mareeya tersentak melihat anak mata Mardiyah. Apa yang dia nampak, kakaknya akan menangis teruk suatu hari nanti. Tidak tahu kenapa, bila dan di mana.

"Apa yang aku buat, untuk hidup aku. Kau tak payah ambil tahu." Kata-kata Mardiyah sedikit keras. Mareeya tidak jadi untuk membidas apa-apa. Dia hanya melihat Mardiyah melipat telekung. Dalam kepalanya masih terngiang-ngiang dengan apa yang dia nampak. Sebab apa jadi begitu? Siapa yang Kak Addy sayang? Dia tujukan kepada siapa? Anak-anak dia? Ke Abang Kamal?'

Mardiyah sudah berkira-kira untuk bangun dari karpet masjid.

"Kau nak qiyamulai kat sini ke?" perli Mardiyah melihatkan adiknya itu masih belum berganjak. Lipat telekung pun tidak.

Terkocoh-kocoh Mareeya menyimpan telekung ke dalam beg sebelum membuntuti kakaknya.

"Kak, kau nak teman aku pergi majlis buka puasa client aku tak?" soal Mareeya saat dia memakai tali pinggang keledar.

"Aku malaslah nak keluar waktu-waktu berbuka ni."

"Hmmm. Siapa nak teman aku kalau bukan kau?"

"Kau pergilah sendiri. Client kau bukan aku kenal pun." Mardiyah hidupkan enjin kereta.

"Tapi kau kenal adik dia." Mareeya toleh ke sebelah.

"Siapa?"

"Luth. Kakak dia client aku," beritahu Mareeya. Mardiyah telan air liur. Sudah hampir seminggu dia tidak dapat menghubungi lelaki itu. Pelbagai cara dia buat untuk berjumpa dengan lelaki itu. Tapi hampeh!

Instagram dah tiada gambar baru. Facebook masih belum di 'approve'. Setiap kali dia ke hospital, ada aje alasan jururawat yang bertugas membuatkan dia langsung tiada peluang untuk bertemu dengan Luth.

Rumah lelaki itu pula, dia tak tahu di mana. Sejak terputus hubungan, mana ada mereka berhubung lagi. Ini peluang emas buatnya!

"Tengoklah nanti macam mana." Akhirnya Mardiyah beri jawapan selamat. Karang jawab setuju terus, mesti Mareeya pelik. Jantung Mardiyah berdegup laju. Ini peluang untuk dia bertemu Luth.

MIMI tersandar di bilik rehat, kepenatan. Bukan mudah jadi doktor pada waktu bulan puasa. Tengok pesakit yang disediakan makanan buat dia turut sama telan air liur.

Telefon bimbit miliknya kemudian berdering.

"Assalamualaikum," sapa suara garau itu.

"Waalaikumussalam," jawab Mimi.

"Mimi."

"Ni siapa eh?"

"Luqman."

Mimi terkedu. Sudah lama dia tak dengar khabar lelaki itu. Instagram lelaki itu juga tidak dikemas kini sejak gambar terakhir yang dia lihat.

"Weh... Errr... Kenapa kau call aku?"

"Kau busy?"

"Tengah rehat kejap. Kenapa?"

"Oh. Saja aku call."

Mimi tambah pelik. Tak pernah-pernah Luqman menghubunginya. Dia pun tidaklah rapat mana dengan Si Luqman ni.

"Daripada kau call aku, baik kau call Mareeya. Minta maaf dengan dia." Mimi masih lagi tidak boleh lupakan apa yang Luqman buat kepada sahabat karibnya itu.

Luqman ketawa hambar. "Aku call kau sebab nak tanya pasal dialah. Kalau aku call dia, memang dia takkan jawab punya."

Mimi geleng kepala. "Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kau tinggalkan dia kut. Lepas tu kau nak tanya pasal dia lagi buat apa?"

"Aku just nak tahu, dia macam mana sekarang? Sihat tak?"

"Dah separuh mampus kau buat dia, sekarang baru ada hati nak tanya?!" hambur Mimi.

Luqman mengeluh perlahan. Mendengarkan keluhan itu, Mimi ketap gigi.

"Dia sihat." Mimi mengalah.

"Oh ya ke? Alhamdulillah macam tu." Luqman senyum kecil.

Masing-masing membisu sebentar.

"Aku tengok Instagram kau. Kau pergi luar negara. Bila kau nak balik?"

"Tak pasti. Maybe tak balik kut."

"Senangnya kau. Dah buat taik, lari macam tu aje." Mimi selamba menyindir. Sakit hati? Peduli apa aku! Kau buat Mareeya sakit hati, tak apa pula.

Luqman ketap bibir bawah. "Good to know dia sihat. Kau pun jaga diri. Aku kena pergi ni. Nanti kalau ada kesempatan, aku call lagi."

"Buat apa kau nak call aku lagi? Aku tak nak bersekongkol dengan kau, sakitkan hati Mareeya."

Luqman hanya diam dan tidak membalas soalan itu. "Assalamualaikum." Talian dimatikan Luqman.

Mimi mencebik. Skrin telefon dipandang dengan penuh geram. Sakit pula hati aku dengan lelaki ini.

PUAN Siti senteng lengan baju dan mula mengeluarkan sayur-sayuran dari dalam peti sejuk. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Tiga jam lebih aje lagi akan berbuka.

Mareeya yang kebetulan baru pulang dari tempat kerja sempat menjengah ke dapur.

"Assalamualaikum, ma."

"Waalaikumussalam. Ha dah balik? Meh tolong mama masak."

"Masak? Tapi Mar dengan Kak Addy tak berbuka dekat rumah tau. Kita orang pergi berbuka dekat rumah klien Mar."

"Oh, ya ke? Hmmm, yalah. Tapi tolong mama masak."

Mareeya buat muka senyum tak rela. Dia pantas naik ke bilik untuk mandi dan menukar baju sebelum turun semula membantu ibunya.

"Ma nak masak apa ni?" Mareeya kupas bawang besar dan beberapa ulas bawang putih.

"Sweet and sour."

"Sedapnya!"

"Hah bila nak belajar masak ni? Sibuk aje dengan kerja, masak ke laut. Kalau mama tinggal awak seorang, memang kering peng-penglah awak ni tak makan."

"Kedai kan banyak." Mareeya mencebik.

"Nak kahwin tapi masaknya tak pandai. Alasan aje yang banyak," bebel Puan Siti sambil menyiang ikan bawal.

Mareeya jadi terkedu bila perkataan kahwin naik. Dia terdiam. Puan Siti toleh ke belakang. Melihatkan anak gadisnya itu sepi, dia tahu gadis itu terasa hati.

"Tak boleh lupakan lagi ke hal tu?" tanya Puan Siti.

"Bukan benda kecil yang senang nak lupakan, ma."

"Awak kata awak boleh tengok masa depan," perli Puan Siti. Berulang kali Mareeya beritahu yang dia boleh melihat masa depan kepada mama dan abah sejak kecil. Tapi mereka berdua langsung tidak mempercayainya. Jadinya Mareeya simpan sendiri hinggalah ke detik ini.

"Kalau Mar cerita pun, bukan mama nak percaya."

Puan Siti menghadap Mareeya. Serbuk kunyit dan garam diambil dari laci kabinet bar.

"Hmmm, ceritalah."

Mareeya tenung ibunya. Ya, ya aje mama ni.

"Mama nak dengar, tak nak cerita pula." Puan Siti bersuara bila Mareeya masih tidak buka mulut.

"Okey. So waktu tu Mar pergi hospital Mimi untuk hantar kad kahwin. Mar jumpa dengan seorang doktor ni dekat kantin hospital. Dia berdiri belakang Mar waktu Mar nak bayar makanan kat kaunter. Bila Mar tengok dia, Mar tak nampak apa-apa. Mar jadi pelik kenapa Mar tak nampak future dia. So Mar pandang depan balik. Bila Mar tengok orang lain, terus Mar tak nampak apa-apa, ma! Habis semua ability Mar macam kena sedut. Tinggal sisa-sisa aje. So sekarang ni, Mar just nampak sikit-sikit aje. Buatkan Mar tak faham apa yang akan jadi," cerita Mareeya bersungguh-sungguh.

Puan Siti terkebil-kebil memandang anaknya. Mulutnya hampir ternganga sedikit. Melihatkan reaksi dari Puan Siti, mata Mareeya mengecil.

"Mama tak percaya, kan?" soal Mareeya.

"Uh. Well..." Puan Siti kemudiannya tergelak.

"Bawang tu kupas lebih sikit eh. Nenas pun nanti tolong buang kulit dia." Puan Siti mendekati peti sejuk dan menyimpan ikan yang diperap ke dalam peti sejuk.

Aku dah agak dah. Mareeya merengus. Buat penat air liur berbuih aje cerita dengan mama ni.

MAREEYA dan Mardiyah tiba di hadapan pagar rumah Intan. Oh, kat sini dia tinggal? Mardiyah sembunyi senyuman.

"Luth tinggal dekat sini ke?" tanya Mardiyah kepada Mareeya.

"Tak. Mar tak tahu dia tinggal kat mana. Ni rumah kakak dia aje. Luth kan kawan Kak Addy, why not Kak Addy tanya kejap lagi?" cadang Mareeya.

Kalaulah dia nak bagi tahu, gumam Mardiyah sebelum mereka berdua keluar dari perut kereta.

"Assalamualaikum," sapa Mareeya apabila mereka masuk di pekarangan rumah. Ramai juga tetamu yang hadir.

"Waalaikumussalam. Cik Mar!" Intan segera mendekati Mareeya yang baru tiba. Senyumnya memudar saat melihat Mardiyah di sebelah. Matanya tidak berkelip memandang Mardiyah.

"Addy." Intan sedikit terkejut dengan kedatangan Mardiyah. Wanita itu senyum ramah sebelum menghulurkan tangan. Intan tahu Mareeya bawa teman, tapi tidak tahu pula temannya itu Mardiyah.

"Lama tak jumpa, Kak Intan." Mardiyah tersenyum.

"Kak Addy ni kakak saya," beritahu Mareeya.

"Oh." Intan telan air liur. Luth tahu ke?

"Masuklah. Kejap lagi dah nak berbuka," pelawa Intan. Sejurus itu, terus dia mencari kelibat Luth.

Pintu bilik diketuk laju. Perlahan-lahan pintu terkuak dari dalam. Luth dengan T-shirt lengan panjang berwarna kelabu dan seluar jean hitam tersembul.

"Kenapa?"

Intan menolak tubuh Luth ke dalam bilik dan pintu dikatup perlahan.

"You tahu Mareeya tu siapa?" soal Intan.

Luth kerut dahi. "La... Interior designer youlah. Kenapa?"

"You betul-betul tak tahu dia siapa ke?" Intan gusar. Memang Mareeya ada beritahu yang kakaknya akan menemaninya ke majlis berbuka puasa ini. Tapi dia langsung tidak menyangka temannya itu, Mardiyah!

"Kak, you pelik semacam dah kenapa?" Luth ketawa sedikit. Kelakar bila tengok kakaknya yang gelabah.

Intan kalau boleh tak mahu Luth berjumpa dengan Mardiyah. Dia tahu adiknya itu masih terluka.

"Luth, you nak berbuka dengan kawan you tak?" Soalan kedua Intan bertambah pelik.

"Kak, I mana ada kawan nak berbuka. You ni kenapa?" Eh, Kak Intan ni. Tahu kan yang aku ni tak berkawan rapat dengan orang sangat. Macam nak menghalau aku dari majlis ni pun ada juga.

"Luth." Intan picit kepala. Macam mana aku nak selesaikan ni?

"Kak, dah nak berbuka ni. Jomlah turun." Luth tarik lengan Intan.

"Luth, the truth is..." Intan tarik semula lengannya dan membuatkan langkah Luth terhenti.

"Mareeya tu adik Mardiyah." Nak tak nak, dia kena cakap juga.

Luth jongket kening sebelah. Aku tahu tu. Tapi macam mana Kak Intan tahu?

"Macam mana you tahu?" tanya Luth.

Intan ketap gigi. "Mar datang dengan..."

"Addy?"

Intan mengangguk. Eh adik aku ni, tak terkejut pun?

"Sebab tu you gelabah macam ni?" Luth ketawa besar.

"Yalah! I tak nak you sedih! I tahu you tak move on lagi dengan dia... Dan tiba-tiba..."

"Kak, firstly I dah tahu pasal Mareeya and Addy. Secondly, I dah move on. Please, I bukan budak kecil."

Habis, aku gelabah for nothinglah ni?

"Macam mana..."

"Nantilah kita sembang pasal ni. Sekarang ni, jom turun. Lagi berapa minit nak berbuka ni!" Luth tarik semula lengan kakaknya. Tapi Addy ni... Adeh.

MAJLIS berbuka puasa meriah dengan ketibaan ahli keluarga, rakan-rakan dan teman sekerja Shafiq sendiri. Seronok kerana majlis itu mudah mengikut apa yang Intan dan Shafiq rancang. Beberapa biji kurma dan air sebagai pembuka sebelum mereka semua solat berjemaah di ruang tamu.

Mareeya dan Intan duduk bersembang berdua sambil menikmati juadah berbuka. Manakala Mardiyah mencari peluang untuk bersemuka dengan Luth.

"Luth," panggil Mardiyah. Menyentak makan lelaki itu.

"Yes."

"I nak kita selesaikan hal kita," ujar Mardiyah lembut. Penuh mengharap.

"Tak ada apa yang tak selesai, Addy." Luth suap sate ke dalam mulut.

"You ignore DM I kut. Facebook I, you tak approve. I pergi hospital, you asyik lari aje dari I."

"You tahu kenapa I buat semua tu, kan?"

"Luth, dengar ni. I cerai dengan husband I sebab..."

"I tak nak tahu sebab apa. Rasanya I dah tahu sebabnya dan apa yang you akan cakap lepas ni. But please, jangan letakkan I dalam position orang yang bersalah. I tak ada kena-mengena dengan life you."

Mardiyah telan air liur. "9 tahun, Luth. 9 tahun since kita break tapi you tak pernah ada siapa-siapa. Apa maksud tu? I kenal you! I tahu hati you."

Luth ketawa. Aduh buat lawak betul dia ni.

"Balik-balik benda yang sama, kan? You kata you kenal I, you tahu I. Tapi still, you pergi juga, kan? You memang tak puas hati kan dengan status single I sekarang?"

"Mesti ada sebab kenapa you still single."

"Yes, sebabnya I belum jumpa orang yang sesuai dengan I."

"And I'm here! Orang yang pernah sesuai dengan you."

"Pernah. Pernah tu masa lalu, Addy. I tak nak bawa toxic people dalam life I. I nak steady smooth life."

"I takkan boleh buang perkataan 'pernah' dalam relationship kita. Sebab memang kebenarannya kita pernah bersama."

"Kalaupun kita balik bersama, I takkan boleh lupakan apa yang you buat dekat I, Addy. Our past will kept coming. Haunting. Selamanya kita takkan boleh buang apa yang pernah jadi. Berubah macam mana pun seseorang tu, selagi kepala I boleh ingat, selagi hati I ada kesan luka... Nothing will change. Kita tak ada future, Addy."

"Itu gunanya memaafkan..."

"Tapi bukan melupakan." Luth bangun dari kerusinya. Mata Luth bertembung dengan Mareeya yang sempat memandang ke arah mereka berdua dari jauh.

"I dah move on, Addy," beritahu Luth.

"Mana buktinya?" Mardiyah mencabar.

Sekali lagi Luth memandang Mareeya yang ketawa melayan si kembar tiga. Kakinya pantas melangkah mendekati Mareeya.

"Mareeya," panggil Luth. Gadis yang sedang bersila di karpet itu mendongak ke atas. Intan turut sama mendongak. Dah kenapa dengan adik aku yang seorang ni?

Mardiyah berdiri tidak jauh dari belakang Luth.

"Yes," kata Luth.

"Yes apa?" Mareeya pelik. Tak ada ribut, tak ada tsunami, tiba-tiba yes. Dah kenapa?

"You pernah tanya I nak kahwin dengan you ke tak waktu kat hospital. My answer is yes."

Intan terlopong. Mardiyah tercengang. Mareeya? Kepalanya kosong. Tapi soalan itu sudah pun berlalu beberapa bulan yang lepas.

Bạn đang đọc truyện trên: WatTruyen.Top