Bab 4
Lyn mengotakan kata-katanya. Tiap-tiap pagi dia bekalkan aku sarapan. Dalam bekas yang sama, dibalut dengan kain yang sama, dalam bentuk ikatan yang pelbagai. Ada bentuk telinga arnablah, ada bentuk rebenlah... Dan macam-macam lagi yang aku tahu nama ikatannya. Menu-menunya pula pelbagai. Dan semestinya penuh dengan khasiat. Dihias cantik-cantik dalam bekas makanan.
Kadang-kadang aku musykil dengan Lyn. Jin apa yang dah rasuk badan dia sampai tiba-tiba aje rajin sediakan benda-benda comel ni untuk aku. Dulu tak pernah pula. Eh... entah-entah dia tengah praktis nak sediakan bekal makanan untuk kekasih hati dia. Hesy, beruntungnya Si Rayyan dapat girlfriend macam Lyn ni. Girlfriend material sangat.
Thanks to Lyn sebab dah buat aku yang bukanlah breakfast person bertukar menjadi a breakfast person. Tiap-tiap pagi aku akan bersarapan. Namun, semuanya yang baik datang dengan buruknya. Mana ada benda sempurna, kan?
Keburukannya ialah bila semua orang ingat Eid yang sediakan sarapan tu untuk aku. Sebabnya kadang-kadang Lyn bagi terus pada aku, dan kadang-kadang dia bagi pada Eid. Eid pula akan bagi dekat aku. Dalam kelas. Depan semua orang. What do you expect? Of course kena bahan dengan budak-budak nakal dalam kelas aku tu i.e. geng-geng Eid juga. Blergh!
Naik berbuih mulut aku membebel dekat Lyn. Tapi dia selamba aje buat lagi. Selamba bagi pada Eid. Alasan dia sebab aku pergi kelas terlalu awal dan dia tak sempat nak sediakan. Dah tu... Kalau tak sempat, tak payahlah buat.
Tapi Lyn tetap dengan kedegilannya. Breakfast is important. Breakfast is a key to success. Breakfast is itu... breakfast is ini... Dan macam-macam lagi yang dia ceramah dekat aku. Makanya aku pasrah. Aku abaikan aje mulut-mulut nakal yang mengusik aku dengan Eid. Well, kalau kita tak layan, lama-lama dia orang pandai diam sendiri, kan?
"Aurora!"
Kaki yang melangkah terus terhenti.
"Aurora, tunggu."
Namaku dilaung lagi. Kepala berpaling secara automatik. Dan dalam masa sesaat, wajah Eid menghiasi pandangan. Sedang berjalan merapatiku bersama sengihan di bibir. Sengihan yang aku boleh tafsirkan sebagai sengihan malapetaka. Sebab aku tahu ada agenda tersembunyi dalam mindanya. Hmmm, apa pula game dia kali ni? Hatiku tertanya sinis.
"Apa?" soalku dengan nada kurang senang. Jengkel.
"Wow! Garangnya," komen lelaki itu.
"Dengan manusia bernama Eidlan aje aku garang."
Cukup bersahaja aku membidas.
"Ha, cepatlah cakap. Kau nak apa?"
Eid menumpukan pandangan matanya ke arahku. Tepat ke anak mata. Dan dengan nada yang sedatar yang mungkin, lelaki itu menuturkan agendanya.
"Let's have another bet."
Itu yang keluar dari bibir Eid. Aku terpinga-pinga.
"What?"
"Kau lupa? Our things?" balas Eid dengan soalan.
Kepalaku menggeleng.
"Tak. Aku tak lupa. But seriously?" tanyaku dengan riak wajah yang jelas menunjukkan rasa terkejutku.
"Aku serius."
Ya. Aku tahu Eid memang serius. Wajah lelaki itu sudah mencerminkan segalanya. Keluhan kecil terbit di luar sedar.
"We're already twenty, Eid. Stop being childish boleh tak?"
Buat sesaat, aku nampak riak wajah Eid berubah. Sebelum wajahnya bertukar seperti biasa. Dia menggaru kepala.
"So, kau tak berani nak sahut cabaran aku?" soal Eid bersama pandangan yang sinis dan mengejek.
"I don't want to play your game."
"Dalam kata lainnya, kau pengecut. Kau takut kalah."
Aku ketap bibir. Nafas kasar dihembus. Kegeraman.
"Kau memang tak akan stop, kan?"
"Because I love to play games with you."
"Tapi kau tahu aku tak suka, kan?"
"Tapi kau tak pernah tolak."
Lelaki itu berjeda. Ada senyuman nakal tersungging di hujung bibirnya. Kakinya mara satu tapak. Aku berundur. Setapak dia mara, setapak juga aku undur. Sehinggalah tubuhku melekap ke dinding. Tidak bisa berundur lagi. Tanpa sebarang amaran, dia melekapkan tangan kanannya ke dinding dan merapatkan bibirnya ke telingaku.
"Because you love it too. You enjoy it. Sebab kau suka perasaan menang bila dapat kalahkan aku. Tapi kali ni aku akan pastikan kau tak akan menang," bisiknya.
Kedua-dua tanganku terus menolak tubuh Eid. Tak suka dengan posisi kami ketika itu. Terlalu rapat. Terlalu dekat. Sehingga aku tidak boleh bernafas dengan betul.
"Gila!"
Eid lepaskan gelak.
"Aku tak gila. Just admit it, Aurora. You enjoy it."
Bersama sebuah jelingan, aku mengayun langkah pergi. Malas nak melayan. Namun, belum aku menjauh, lenganku dipaut.
"Bowling tournament next month. Let's have a bet on it."
"And what's the deal?"
Bibir Eid tersenyum sinis.
"Aku tahu kau akan setuju."
"Aku tak cakap aku setuju. Aku cuma nak tahu what's the deal."
"Kalau team kau menang, kau boleh suruh aku buat apa saja. Dan sebaliknya. Kalau team aku menang, aku boleh suruh kau buat apa aje yang aku nak."
"Huh? So lame. I'm not interested."
Usai menutur kata, aku terus tarik lengan dari pautan Eid dan kembali mengatur langkah. Laju. Meninggalkan Eid tanpa berpaling ke belakang. I'm so tired. Tired with his games.
Aku tak tahu kenapa dia macam nak berlawan dengan aku. Aku tak tahu kenapa dia suka compete dengan aku. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Kenapa bukan dengan kembar dia sendiri?
Waktu sekolah dulu, dah berpuluh kali dia ajak aku bet. Bet jawatan pengawas sekolah. Bet jawatan ketua kelas. Bet keputusan tertinggi. Bet anugerah pelajar contoh. Macam-macam lagi. Yang tak masuk akal pun ada. Sungguh, aku tak faham. Dan sehingga sekarang aku tak faham motif dia.
Bila dia menang, dia akan bangga dan hebohkan satu sekolah. Malukan aku dekat kawan-kawan dia. Bila dia kalah pula, dia akan buat bet lain. Dia tak pernah nak kalah. Dulu aku rajin layankan perangai budak-budak dia tu. Tapi sekarang tak. Aku tak nak teruskan permainan bodoh ni lagi.
Aku ingat lepas kita orang dah habis sekolah, permainan bodoh ni pun akan tamat. Tapi kenapa tiba-tiba dia ajak bet lagi? Kenapa? Dia nak ulang balik apa yang berlaku dekat sekolah dulu ke? Dia nak berlagak depan kawan-kawan dia? Tapi untuk apa?
Argh... malaslah aku nak fikir. Buat semak kepala otak aku aje. Daripada aku buang masa fikirkan dia, lebih baik aku cepat-cepat pergi library. Ya. Hari ini hari Rabu. Hari aku dengan dia. Memandangkan kelas petang aku hari ni batal, aku boleh pergi sana lebih awal. Tak perlu terkejar-kejar. Harap-harap si dia sudah ada di sana. Menanti kehadiranku.
DIA tiada.
Mr. libraryku tidak kelihatan di mana-mana. Di meja yang selalu dia duduk, tiada. Di kawasan sekitar pun tiada. Mungkin masih terlalu awal. Memang terlalu awal pun. Jam tika ini baru menunjukkan pukul 2.30 petang. Tak mengapa. Sesekali aku yang awal, tak salah, bukan?
Perlahan-lahan aku mengatur langkah. Menuju ke meja yang selalu aku duduk. Beg sandang ditanggalkan dari tubuh dan dijatuhkan ke atas meja sebelum aku menjatuhkan duduk. Mata meliar. Masih mengharap.
Buat beberapa saat, aku duduk tanpa berbuat apa-apa. Menghilangkan penat. Melilaukan pandangan mata. Memerhati senario di perpustakaan pada petang itu. Tangan mencapai botol air. Tekak yang kekeringan dibasahkan.
Nafas dihela panjang. Let's get started.
Laptop dikeluarkan dari beg. Begitu juga dengan buku rujukan dan barang-barangku yang lain. Aku mula menumpukan perhatian pada assignment yang perlu dihantar pada minggu depan. It's a group assignment actually. Tapi kami dah delegate task. Masing-masing ada bahagian sendiri dan sekarang ni aku sedang siapkan bahagian aku. Oh, guess who are my group members?
Eid and the gang. Eid, Fakri, Naim dan aku. Macam mana aku boleh tersesat dalam group mereka? Selalunya, Eid akan buat group assignment dengan Fakri, Naim dan Amru. Dan aku pula akan buat dengan Phia, Deeja dan Leya. Tapi entah macam mana aku dengan Amru boleh tertukar. Leya dengan Amru yang pandai-pandai tukar. Pandai-pandai campak aku dekat group Eid. Sebab Amru nak satu kumpulan dengan Leya, girlfriend dia.
Dah tu aku pula jadi mangsa. Alasan dia orang mudah. Aku dengan Eid berjiran. Senang nak berurusan, nak berbincang. What the hell? Merepek! Nonsense. Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Sebab masa dia orang buat keputusan tu, aku tak pergi kelas. Cirit-birit. Pasrah ajelah aku. Melayan kerenah tiga orang lelaki yang perangai entah apa-apa.
Jari-jemariku laju berlari di papan kekunci. Menaip segala input pada MS Word. Menjawab kepada isu yang diberikan bersama hujah-hujah sokongan yang aku sudah kaji sebelum ni.
Ting!
Mataku melirik ke arah telefon pintar.
Kau pergi library juga ke hari ni?
Bibirku tersenyum nipis. WhatsApp daripada Lyn terus aku balas dengan gambar perpustakaan yang aku baru sahaja tangkap.
I'm here already.
Tubuhku sandar ke belakang. Santai. Berehat sebentar.
Oh, my God! Where is him?
Okey. Aku dapat bayangkan mimik muka teruja Lyn. Aku tergelak perlahan.
Dia tak ada kat sini lagi.
Aku dan Lyn ralit berbalas WhatsApp. Tugasan yang aku hadap seketika tadi terus dilupakan. Tenggelam dalam perbualan WhatsApp tentang mr. library. Lyn sibuk suruh aku tangkap gambar mamat tulah, suruh aku tegur mamat tulah... Nak aku mulakan langkah pertama kononnya. Tapi aku tak terfikir ke tahap itu lagi. So, aku banyak bagi alasan dekat Lyn. Lyn kata aku lembab.
Alah, relakslah. Kalau dah dia jodoh aku, dia tetap akan jadi jodoh aku. Kalau tak, maksud dia dah ada orang lain yang Allah aturkan untuk aku. Betul tak? Buat apa nak tergesa-gesa. Aku kan muda lagi. Eh... Ke Lyn rasa tak sedap hati sebab aku belum ada boyfriend?
Pap!
Sebuah beg dicampak di hadapan mejaku yang sebelum ini kosong. Terus bebola mataku berkalih dari paparan skrin telefon. Memandang beg yang sudah dikalihkan ke tepi dan beralih ke arah pemilik beg yang duduk betul-betul di hadapanku.
What? Apa yang dia buat kat sini? Kenapa aku perlu jumpa dia lagi?
"Kau buat apa kat sini?" soalku dengan nada kurang senang.
Eid buat bodoh. Langsung tak pandang aku. Dia sibuk keluarkan buku dari dalam beg dia.
Wait! Siapa izinkan dia duduk depan aku ni?
"Eid!" panggilku.
Tiada respons.
"Eid!" panggilku lagi. Aku tinggikan sedikit nada suaraku.
Eh, eh... dia buat-buat tak dengar pula. Aku terus ketuk meja di hadapannya.
What? Dia buat bodoh aje? Ini kes dia buat-buat tak nampak aku ke macam mana ni?
Dengan selamba dan penuh sebal, aku tarik buku yang dia tengah baca. Tengah fokus, kononnya.
"Weh, aku panggil kau kut..."
Kali ini baru Eid memanggung kepala. Pandang aku. Tanpa sebarang riak wajah. Kosong.
"Siapa bagi kau duduk sini?"
"This is a public place, Aur. I can sit everywhere."
"Tapi kenapa sini? Banyak lagi meja kosong," balasku tidak puas hati sambil pandang sekeliling.
Ya. Banyak aje meja kosong. Kenapa dia pilih meja ni? Meja favourite aku tahu tak? Well, technically ini meja aku. Setelah berminggu-minggu jadi pengunjung setia library ni, aku rasa aku layak claim ini meja aku. Ceh, poyo! Tapi seriuslah. Ini memang meja aku kut. Kenapa dia sibuk-sibuk nak duduk sini? What if mr. library aku tiba-tiba muncul?
Eid tak jawab. Dia tarik balik buku dia dari tangan aku dan kembali fokus. Apa bendalah mamat ni? Tak puas-puas nak kacau aku. Macamlah aku tak tahu niat sebenar dia. Sakitkan hati aku. Itu niat dia. Dan ya. Aku memang sakit hati sekarang ni.
Wajah aku dah bertukar masam. Cemberut. Aku terus bangun dan kemas barang-barang aku. Malas nak layan mamat ni. Kau nak duduk sini sangat, duduklah. Aku beralih ke meja lain. Sedikit jauh dari meja yang mr. library duduk tapi masih boleh dianggap sebagai kedudukan yang strategik. Jauh pun jauhlah. Asalkan boleh pandang my mr. library.
Persoalannya sekarang, di mana my mr. library? Dah nak pukul lima tapi mr. library masih tak muncul.
Aku liarkan pandangan. Memandang setiap sudut. Meninjau ke arah tangga. Baru aku nak jatuhkan pandangan, ekor mataku berjaya menangkap sesusuk tubuh.
Itu pun dia! Finally...
Pandangan mataku mengikuti langkah kaki mr. library. Dari tangga, kemudian belok ke kiri, berjalan melepasi beberapa buah meja dan...
Rahangku terjatuh.
Mr. library tak duduk di meja yang selalu dia duduk. Tapi... Dia duduk dekat meja yang aku duduk tadi. Yang aku berambus sebab Eid ada kat situ. Why? Why on earth dia duduk situ? Kenapa tiba-tiba dia duduk situ? Kenapa? Why oh why?
Dia duduk sebelah Eid. Sebelah Eid, okey. Maksudnya kalau Eid tak muncul, aku akan duduk semeja dengan crush aku. Tanganku dah mengepal penumbuk. Grrr! Geram! Geramnya aku. Kenapa Eid spoil peluang yang aku ada?
Eee... Rasa nak cekik-cekik aje mamat tu.
Eh.
Eh...
Ehhh...
Makin panjang 'eh' aku. Mataku mengecil. Menumpukan perhatian pada Eid dan mr. library. Mulutku perlahan-lahan membentuk huruf O.
Oh, my God! Dia orang kenal each other ke?
Dia orang gelak? Mr. library tegur Eid dulu dan kemudian dia orang gelak? Oh, my God! Tiba-tiba aku cannot brain semua ni. Dia orang macam dah lama kenal aje. Tapi macam mana dia orang boleh kenal?
Ini satu malapetaka! Dan-dan aku rasa semuanya gelap. Gelap dan gelap.
Badanku terasa makin mengecil dan aku terasa nak menangis. Meraung.
Mama... Crush Aur kawan Eid!
AKU balik rumah dalam keadaan tak bermaya. Lemah. Dunia aku terasa kosong. Jiwa aku kosong. Segalanya kosong. Otak aku tak habis-habis mencerna kenapa dia? Kenapa harus dia?
Aku parkir motor kat tempat biasa. Helmet aku tanggalkan. Dan aku berjalan lemah menuju ke dalam rumah. Langsung aku tak perasan mama, Auntie Sue dan Lyn di gazebo. Semua mata terarah pada aku dan aku tak sedar. Aku terlalu tenggelam dalam dunia aku sendiri.
"Aurora!"
Jeritan Lyn mematikan langkahku. Kepalaku spontan tertoleh ke arah taman mini di tepi rumah. Saat itu baru aku tersedar tiga pasang mata sedang memandangku pelik.
"Apa yang Aur fikirkan tu sampai tak perasan kami kat sini?" soal mama.
Aku tayang sengih. Malu sendiri.
"Eh... Sorry mama, Auntie Sue. Aur tengah fikirkan assignment," tipu aku.
Lyn datang mendekat. Terus peluk bahu aku.
"Aku tahu bukan pasal assignment," bisiknya.
"Mama-mama sekalian, Lyn dengan Aur masuk bilik dulu, ya? Nak bergosip sikit!" jerit Lyn kepada mamaku dan mama dia sebelum dengan selambanya menarik tanganku ke dalam rumah.
Lyn bawa aku ke bilikku. Aku ikut aje dalam keadaan yang lemah longlai. Masih tak bermaya. Masih tak boleh nak lupakan kejadian di library. Sampai kat bilik, aku terus hempas punggung kat atas katil. Lepas tu aku hamburkan tangisan gedikku. Suara tangisan sahaja yang kedengaran, air matanya tiada.
"Kau ni dah kenapa?" soal Lyn.
Aku pandang Lyn. Suara tangisanku semakin kuat. Aku capai bantal-bantal kecil di atas tilam. Lepas tu aku campak satu per satu. Melampiaskan rasa tak puas hati, rasa geram.
"Aku benci Eid!"
Lyn hela nafas. Dia jatuhkan duduk di sebelahku.
"La... Aku ingat pasal mamat library tu. Rupanya pasal abang aku. Okay, now tell me. Apa yang abang aku dah buat kali ni?"
"Apa yang dia buat kali ni teruk tau. Sangat teruk."
"Errr... Aku rasa dah banyak kali aku dengar kau cakap macam ni. Semua benda yang abang aku buat, kau kata teruk. So, how teruk is this time?"
"Teruk giler!"
Lyn kekal tenang. Ini bukan kali pertama dia dengar masalah aku dengan abangnya.
"Okey... Cuba kau cerita apa yang abang aku buat kali ni?"
Aku tumpukan pandangan ke arah Lyn. Dan aku menangis lagi.
Over, kan? Well, I'm a drama queen... Only when I'm with my best friend. Eh, biarlah aku nak bermanja dengan Lyn. Tak salah, kan?
"Ya Allah, Aur! Kau stop menangis boleh tak? Macamlah aku tak tahu kau buat-buat nangis aje. Setitis air mata pun tak ada."
Tangisanku terhenti. Nampaknya Lyn sudah cukup masak dengan kerenah mengada-ada aku. Tawa kecil terhambur keluar dari bibir.
"Tapi aku memang betul-betul sedih tau."
"Yalah... Kenapa? Cuba kau cerita. Kalau kau tak cerita, macam mana aku nak tahu."
Aku juihkan bibir.
"Eid kenal mr. library aku."
Lyn pandang aku.
"So?"
Eh, eh, minah ni... Masih tak faham lagi pula.
"Tadi aku pergi library, waiting for my crush, and Eid suddenly muncul and duduk depan aku. Aku suruh dia blah, tapi dia tak nak. So aku yang blah. And you know what? My crush duduk kat meja Eid. Meja yang aku duduk tadi. Kalau Eid tak muncul kat library tu, dah tentu-tentu aku dengan crush aku duduk semeja. Kau boleh bayangkan tak? Lepas tu, yang aku tak boleh brain, aku nampak dia orang berborak, bergelak tawa macam dah kenal lama."
"So, yang kau nak sedih sangat ni kenapa?"
Kedua-dua tanganku pegang kepala.
"Ya Allah... Kau masih tak faham lagi ke, Lyn?" soalku geram.
"Aku fahamlah yang kau geram kat Eid sebab dah punahkan peluang kau untuk semeja dengan mamat library kau. Tapi yang kau tak boleh brain bila tahu abang aku kenal mamat tu, dah kenapa? Asal kau nak sedih pula? Patut kau happy la, kan? Kau boleh tanya pasal mamat tu dekat abang aku."
Rahangku jatuh.
"Oh, my God, Lyn! Seriously? Kau ni betul ke best friend aku?"
"Kalau kau best friend aku, kau patut tahu yang aku tak nak ada relation dengan sesiapa yang ada relation dengan abang kau. And now my crush ada relation dengan abang kau. Kau boleh faham tak apa yang aku rasa? Aku rasa semuanya punah. Dunia gelap."
Lyn gelak. Terbahak-bahak.
"Overlah kau ni. Kalau kau tak nak ada relation dengan sesiapa yang ada relation dengan abang aku, habis tu aku ni siapa? Mama aku? Papa aku?"
"Kau lain. Mama dengan papa kau lain. Kau orang terkecuali."
Lyn geleng kepala.
"Aku tak tahulah sampai bila kau dengan abang aku nak macam ni..."
"Oh..."
Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"I got another thing to tell you. Kau tahu tak abang kesayangan kau tu ajak aku bet on bowling tournament next month? Gila tak?"
Kali ini Lyn bagi reaksi yang aku harapkan. Aku tersenyum. Ha, tengok! Lyn pun tak boleh brain dengan apa yang Eid buat. Habis tu, aku?
"Dia ajak kau bet? Why so sudden? Dia dah lama tak buat kerja gila ni, kan?"
"Kau pun cakap gila, kan? Tak tahulah apa benda yang dah rasuk dia. Nak berlagak dengan kawan-kawan dialah kut. Dia cakap kalau team dia menang, dia boleh arah aku apa saja. And vice versa."
"Habis tu, kau setuju?"
"Memang taklah! Dah kenapa aku nak ikutkan perangai childish dia tu?"
Lyn hembus nafas kasar.
"Aku pun kadang-kadang tak faham dengan abang aku tu. Aku sebenarnya nak tengok kau dengan abang aku berbaik-baik. Aku ingat bila kita dah besar ni, masing-masing dah matanglah sikit. Dah tak macam dulu. Tapi aku tengok macam tak ada harapan aje. Kau dengan perangai kau. Dia dengan perangai dia. Tak fahamlah aku."
"Eh, dia yang mulakan semua ni, okey? Cuba ingat balik, siapa yang buat hal dulu?"
"Ya, aku tahu. Abang aku. Tapi bukan dengan kau aje, Aur. Masa tu dengan aku pun dia tak okey. Dia kan baru kehilangan nenek aku. Dari duduk kampung, tiba-tiba kena pindah sini. Fahamlah sikit..."
"Oh, please... Jangan buka cerita lama. Aku tak nak dengar."
"Eh, kau yang tanya siapa yang buat hal dulu."
"Dahlah. Tak payah cerita pasal abang kau lagi. Rimaslah. Sekarang ni, aku masih heartbroken dengan mr. library aku tau."
Lyn bangkit dari tilam.
"Kau layanlah heartbroken kau sorang-sorang. Aku malas layan. Aku nak korek rahsia daripada abang aku pasal mamat library kau."
Aku ikut berdiri.
"Don't you dare, Lyn! Kau jangan sampai abang kau tahu aku suka mamat tu. Kalau tak, kita putus kawan."
Lyn gelak sambil berjalan keluar dari bilik.
"Lyn! Aku serius tau."
Bạn đang đọc truyện trên: WatTruyen.Top